APRIL 2023

SEDC Raikan Anak- Anak Yatim


KUCHING: Seramai 94 kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Datuk Amar Hajah Laila Taib (Peryatim) diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

malam tadi. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan itu serta disusuli solat Maghrib berjemaah, Isya dan Terawih di sebuah hotel terkemuka di sini.

Ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEDC untuk membantu golongan kurang bernasib baik

Pada majlis itu, pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SEDC dan Tabung Baitumal Sarawak(TBS) turut diadakan.

SEDC diwakili Pengurus Besarnya, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir manakala TBS diwakili Pengurus Besarnya, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Kemudian, penyerahan zakat perniagaan daripada SEDC kepada Tabung Baitumal Sarawak  berjumlah RM150,000. 

Hadir sama, Timbalan Premier, Prof Dato Sri Dr Sim Kui Hian, 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengerusi SEDC, Tan Sri  Abdul Aziz Husain.

Sumber dari : Jiwa Bakti